Rabu, 21 Ogos 2013

LATAR BELAKANG



NUR LEMBAH LENGGONG terletak di Selat Pagar, Padang Grus Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Kawasan ladang kelapa sawit menghijau yang seluas 40 ekar di tebing Sungai Perak ini menawarkan suasana damai yang dikelilingi hutan tropika yang dapat mendekatkan kita dengan alam semulajadi berhampiran sungai, air terjun serta gua. Sebuah jambatan gantung sepanjang 300 kaki yang merentasi Sungai Perak antara resort dan Pulau bersebelahan menjadi tarikan utama kepada setiap pengunjung.

Sebagai pusat latihan Nur Lembah Lenggong dikelengkapi chalet, asrama, khemah dan kolam aktiviti serta kemudahan riadah dan rekreasi untuk program latihan, motivasi, perkhemahan, hari keluarga serta pelbagai aktiviti mengikut kehendak dan kesesuaian pengunjung.

Dengan Berkunjung ke Nur Lembah Lenggong ini pengunjung mungkin tidak menyangka sebuah ladang kelapa sawit dapat dibangunkan menjadi sebuah tempat latihan dan rekreasi yang begitu menarik sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan