Rabu, 21 Ogos 2013

LATAR BELAKANG



NUR LEMBAH LENGGONG terletak di Selat Pagar, Padang Grus Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Kawasan ladang kelapa sawit menghijau yang seluas 40 ekar di tebing Sungai Perak ini menawarkan suasana damai yang dikelilingi hutan tropika yang dapat mendekatkan kita dengan alam semulajadi berhampiran sungai, air terjun serta gua. Sebuah jambatan gantung sepanjang 300 kaki yang merentasi Sungai Perak antara resort dan Pulau bersebelahan menjadi tarikan utama kepada setiap pengunjung.

Sebagai pusat latihan Nur Lembah Lenggong dikelengkapi chalet, asrama, khemah dan kolam aktiviti serta kemudahan riadah dan rekreasi untuk program latihan, motivasi, perkhemahan, hari keluarga serta pelbagai aktiviti mengikut kehendak dan kesesuaian pengunjung.

Dengan Berkunjung ke Nur Lembah Lenggong ini pengunjung mungkin tidak menyangka sebuah ladang kelapa sawit dapat dibangunkan menjadi sebuah tempat latihan dan rekreasi yang begitu menarik sekali.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

  1.  Menyediakan penceramah, modul, peralatan, penginapan dan makan minum sepanjang program
  2. Program perkhemahan bagi pelajar IPT dan Sekolah diberikan pakej istimewa
  3. Menyediakan aktiviti luar yang dikendalikan oleh kakitangan yang berpengalaman
  4. Menyediakan pakej motivasi atau induksi yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan melalui perbincangan awal dengan unit latihan atau sumber manusia organisasi berkenaan. 
  5. Menyediakan program susulan dan lanjutan selepas program latihan dilaksanakan; dan
  6. Modul kenegaraan, flora dan fauna serta sejarah kita disediakan apabila diperlukan pelanggan.

Selasa, 20 Ogos 2013

KEMUDAHAN FASILITI






 
  


 

KEMUDAHAN LAIN

  1. Surau / Madrasah yang selesa
  2. Dormitori & Perkemahan
  3. Chalet berhawa dingin
  4. Dewan Seminar berhawa dingin
  5. Aktiviti Flying Fox merentasi Sungai Perak
  6. Kolam Aktiviti & Memancing
  7. Jambatan merentas Sungai Perak
  8. Trekking Hutan, Sungai & Gua
  9. Abselling & Repelling
  10. Kembara Air Terjun
  11. Deman Makan yang selesa
  12. Dataran Kawad
  13. Set BBQ
  14. Tapak Perkhemahan
  15. Kemudahan Telefon
  16. Laluan berhalangan
  17. Jaket keselamatan bagi aktiviti air
  18. Pondok Rehat (Wakaf)
  19. Pengangkutan
  20. Ekpedisi Berakit & Kayak